Saturday 4 August 2018

10 Tips Cantik Semulajadi Dari 10 Negara, Jom Cuba!

Cara nak jadi cantik tak semestinya kekal dengan satu rutin sahaja. Ia melibatkan pelbagai perkara, dari dalam keluar, dari atas hingga bawah. Jangan sesekali ambil remeh dan hanya separuh jalan. 

Kebanyakan cara cantik sekarang ialah dengan menggunakan produk kecantikan berasaskan alam semulajadi. Bahan semulajadi sememang tiada tandingan dan keberkesanan sangat memuaskan, paling penting ia tidak memudaratkan seperti bahan kimia. 
Kepada pembaca Wanista.com yang gemarkan amalan kecantikan semulajadi. Wanista senaraikan 10 tips cantik dari bahan semulajadi yang mudah didapati untuk anda! Lebih menarik 10 tips ini juga hasil perkongsian dari 10 buah negara. 
#1 Amerika Syarikat

Tidak bergantung pada produk kecantikan semata-mata. Kebanyakan wanita Amerika mengamalkan pengambilan air yang banyak. Hidrasi sangat penting untuk kesihatan dalaman dan menyerlahkan seri kulit. Bagi mereka, air adalah perkara asas dalam kecantikan


#2 Portugal

Wanita Portugal gemar memakai masker dari kunyit untuk menyerlah warna kulit perang mereka. Selain itu, berjemur di bawah cahaya matahari juga cara pantas untuk mendapatkan Vitamin D. 

#3 Jepun 

Rupanya mereka mengamalkan masker tanah liat (clay mask) bukan sahaja pada wajah tapi pada kulit kepala juga! Ia boleh menyerap segala kotoran dengan lembut.
#4 Russia

Cuaca sejuk di Russia sering kali beri masalah kulit kering. Untuk mengekalkan kelembapan kulit semulajadi, wanita Russia menggunakan madu untuk hasil lembab. Selain itu, madu yang dicampurkan dengan gula juga boleh dijadikan sebagai skrub. 
#5 Bulgaria 

Di negara Bulgaria mereka terkenal dengan Valley Rose yang mengeluarkan lebih dari 85% minyak ros. Jadi wanita Bulgaria tak terlepas untuk menggunakan khasiat bunga ros yang diyakini menaikkan seri kulit. Kini telah terdapat produk berasaskan dari pati bunga ros bukan?
#6 Filipina

Rambut hitam pekat dan lebat milik wanita Filipina rupanya dari penggunaan Aloe Vera. Pati jeli dari Aloe Vera dilumur pada rambut dan kulit kelapa untuk menyerap nutrisi. Hasilnya, rambut mereka kekal kuat, lebat dan masalah gatal atau kelemumur pada kulit kepala pun tiada. 
#7 Korea 

Jangan pelik ya, wanita Korea mengamalkan mencuci muka menggunakan air basuhan beras. Mereka mengambil air basuhan yang kedua beras untuk mencuci muka atau mandi bersama. Difahamkan air basuhan beras tersebut beri kulit lebih lembut. 
#8 Itali 

Ramai wanita Itali menggunakan campuran yogurt dan minyak zaitun untuk rambut berkilat dan ringan. Mudah! Ambil satu cawan yogurt penuh lemak kemudian campurkan bersama satu sudu teh minyak zaitun. Lumur pada rambut dan basuh selepas 5 minit dengan air sejuk. 
#9 Australia

Masalah rambut dan kulit kepala berkelemumur? Tiru sahaja trik dari wanita Australia ini. Mereka tambahkan beberapa titis tea tree oil ke dalam syampu untuk membasmi kelemumur. 
#10 Sepanyol

Mata galak kepunyaan wanita Sepanyol sering menjadi pujaan ramai. Tips untuk mata cantik seperti mereka ialah dengan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Amalan dari wanita Sepanyol ialah dengan meletakkan hirisan kentang pada mata. Tinggalkan selama 10 minit dan anda lihat sendiri perbezaannya. 

No comments:

Post a Comment

MARY KAY MAKEUP FINISHING SPRAY

Mary Kay Makeup Finishing Spray 🌹Tahan Makeup lebih lama, segar sehingga 16jam lamanya 🌹 Sesuai untuk semua jenis kulit. 🌹Rasa rin...