Saturday 4 August 2018

JADIKAN RUTIN INI SETIAP MALAM UNTUK KEKAL CANTIK

Setiap hari kulit sentiasa terdedah kepada pancaran UV, habuk, kotoran, pencemaran udara, bahan kimia yang kuat dan pelbagai keadaan alam sekitar yang mungkin menyebabkan kepada kerosakan pada kulit. Jika dibiarkan kulit akan mudah berkedut , menjadi kusam dengan tona tidak sekata dan membawa kepada penuaan pra-matang.

Tapi jangan risau... sebab anda menghalangnya dengan penjagaan rapi dan rutin kecantikan yang lebih baik jika anda jadikannya TABIAT.

Semasa tidur kulit akan memulih dengan sendirinya. Dengan bantuan kecil dari anda, kulit akan menjadi lebih sihat. Rutin penjagaan kulit yang betul pada setiap malam akan memperbaiki tona kulit, menjadikan kulit berseri, mengurangkan noda, melembap dan memberi nafas baru pada kulit. Luangkanlah beberapa minit untuk kulit anda setiap malam dan anda akan melihat sendiri perubahan kecantikkannya hanya dalam beberapa hari.

Jadikan rutin ini tabiat anda setiap malam sebelum tidur. Jangan tertinggal 1 malam pun OKAY!!!!! 





Image result for cara pakai makeup remover

1. TANGGALKAN SOLEKAN

Siapa yang tak letih setiap hari dengan jadual yang padat dan pelbagai aktiviti. But no!!! Macam mana penat sekalipun, anda wajib ambil masa untuk tanggalkan solekan sebelum tidur setiap malam. Ini sangat penting jika anda mahu kulit kelihatan muda dan cantik. Semasa tidur, liang pori akan terbuka untuk memulih dengan sendirinya. Jika anda biarkan lapisan solekan seperti gincu, maskara, bedak asas, pembayang mata dan sebagainya pada wajah, liang pori akan tersumbat. Ini akan menyebabkan munculnya tompokan hitam, tona kulit tidak sekata dan jerawat mula tumbuh. Anda boleh guna penanggal solekan, pembersih wajah atau krim sejuk untuk membersihkan kulit dan jadikannya bebas dari segala kotoran sebelum tidur.



Image result for pakai toner

2. GUNAKAN PENYEGAR

Pastikan anda segarkan wajah dengan penyegar setiap malam sebelum tidur. Penyegar atau Toner membantu memperbaiki tahap pH semulajadi kulit. Ia seterusnya membuatkan kulit anda lebih berdaya tahan untuk berlindung dari bakteria dan organisma mikro. Ia juga membantu membersihkan kulit dari habuk, pencemaran dan kotoran terutama bagi kulit berminyak dan berjerawat. Terdapat banyak jenis penyegar untuk pelbagai jenis kulit di pasaran. Jika anda mahu penyegar natural, tiada yang lebih baik dari mawar asli yang mampu melembap, melicin dan memberi tenaga. Sapukan penyegar pada seluruh bahagian muka dan leher dengan bebola kapas dan biarkan kering. Penyegar dengan formula bebas alkohol adalah pilihan terbaik.



Image result for cara pakai krim mata

3. SAPU KRIM MATA

"Dari mata turun ke hati..." ewahhh!! Mata adalah aset terpenting kerana ia yang pertama dipandang ketika berbicara. Jadi anda perlu menjaganya sebaik mungkin kerana ia jugalah yang pertama menunjukkan tanda-tanda penuaan. Sebelum tidur, pastikan dulu tiada sebarang eye makeup di sekitar mata. Bersihkan maskara, celak, eyeshadow dan sebagainya tanpa meninggalkan sebarang sisa. Lepastu sapukan krim mata, urut secara lembut. Krim mata membantu mata kekal terhidrat, melembap, mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam, meminimumkan pembentukan kedutan menegangkan bahagian bawah mata untuk sementara. Gunakan krim mata yang ringan dengan bahan-bahan seperti kafein, peptida, antioksidan dan pencerah. Mulakan sapuan dari sudut dalam ke luar dengan lembut.

No comments:

Post a Comment

MARY KAY MAKEUP FINISHING SPRAY

Mary Kay Makeup Finishing Spray 🌹Tahan Makeup lebih lama, segar sehingga 16jam lamanya 🌹 Sesuai untuk semua jenis kulit. 🌹Rasa rin...